CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 6 April 2011

Rindu + Sayang + Cinta = ?

Tengah sedap dok makan Jacker Hot & Spicy..
tiba-tiba terlintas dikotak pemikiran saya
tentang rindu, sayang dan cinta..
Adakah disebabkan saya rindukan seseorang?
jeng! jeng! jeng!
Saya nak tanye anda y sudi baca entri saya..
Adakah anda tahu apa itu rindu? apa itu sayang? apa itu cinta? 
Kita selalu cakap kat orang yang kita sayang la, rindu la, cinta la..
eh cinta? rasenye x semua cakap macam tu kowt tapi..
ada seorang makhluk Allah pernah ungkapkannya kepada saya..hihi
tapi benarkah anda cakap semua itu dari hati anda yang ikhlas?
atau sekadar di bibir sahaja..
Tepuk Dada Tanye Hatie Anda
Terdapat pelbagai definisi rindu, sayang dan cinta ini..

Kalau anda nak tahu, rindu sebenarnya banyak meliputi aspek jiwa dan perasaan..
Sebagai contoh semakin lama kita tidak berjumpa seseorang, semakin kita bertambah-tambah rindu..
(waa, da mcm buat hipotesis dalam eksperimen sains la)
ha! betulkan apa yang saya cakap..tapi sayang, ramai yang tidak sedar bahawa
rindu adalah perasaan yang harus kita jaga untuk seseorang..
Bagi saya, sayang merupakan satu perasaan yang kita tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata..
Seperti sayang kita kepada pencipta, sayang kepada keluarga, suami, isteri, anak, sahabat , haiwan dan segala makhluk yang ada di muka bumi ini..Kita dapat tunjukkan sayang kita dengan pelbagai cara..
bukan dengan hanya melalui kata-kata..sesiapa saja boleh mengungkapkan 
perkataan "SAYANG" dengan mudah. 
Cinta. Ramai yang tahu bagaimana nak melafazkan perkataan cinta, tapi adakah anda tahu apa itu cinta?
Cinta itu indah. Walaupun kewujudan cinta tidak dapat kita lihat, tetapi cinta itu cantik seindah namanya. 
Cinta ada segala-galanya.  Ramai yang berharap agar cinta itu terus kekal dan anya menjadi milik mereka berdua.
Tetapi apa yang perlu anda ingat ialah Cinta tidak semestinya memiliki. 

Oleh itu, janganlah kita mudah untuk melafazkan  rindu, sayang, cinta..
jika kita tidak  ikhlas dan mempunyai niat hanya untuk suka-suka.. 
jangan sesekali pernah ungkapkannya..
Cinta ini boleh membuatkan seseorang menjadi "orang lain" yang mungkin akan memudaratkan 
kedua-dua pihak..Orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan cinta..
tapi gunalah cara yang sepatutnya. Mungkin anda boleh cuba untuk tawan hati dia 
dengan memulakan satu persahabatan. Tidak perlu terlampau gelojoh untuk mendapatkan cinta.
Cinta akan hadir jika anda menemui pasangan yang benar-benar mencintai. Cinta itu sentiasa memberi bukannya meminta. Cinta tidak ternilai harganya jika hedak dibandingkan dengan intan permata. 
Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari hati yang tulus.

Urm, anda telah menemui cinta sejati anda? kalau sudah..
 ha! pe lagi cepat-cepat la pergi pinang dia..
 jangan sampai melepas sudah! hehe.. Itu sajalah yang nak dikongsikan untuk kali ini..
Renung-renungkan..:)
  

5 comments:

  1. Saat cinta berputik, semua terasa indah. Tak mungkin dimungkiri,
    Bahawa kerana cinta ini dipercayai banyak orang memilki kekuatan yang unik dan dahsyat.
    Boleh mendekatkan yang jauh.
    Boleh menyatukan yang berbeza.
    Boleh menukar yang sederhana menjadi sangat istimewa.
    Kerja cinta memang mengikat. Mengikat antara dua insan sehingga menjadi sepasang kekasih.
    Mengikat dua insan sehingga menjadi saudara. Mengikat dua insan sehingga menjadi sahabat.
    Semua itu adalah kerana kerja cinta.

    ReplyDelete
  2. Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. ...

    ReplyDelete
  3. Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa.. Kerana jika kamu menganggap dia begitu istimewa,apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..

    ReplyDelete
  4. Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU.. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

    *Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

    ReplyDelete
  5. Ye, betul tuh baha..fara setuju ngat...Cintailah seseorang dek kerana kelemahan dan bukan kerana kelebihannya..Dengan ini kita dapat menerima diri mereka seadanya..w/pun pndangan org len tidaklah sesempurna mana tp cukuplah dipandangan kita die begitu sempurna.. sesungguhnya kesempurnaan tidak mencerminkan kebahagian..

    ReplyDelete