CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 7 May 2011

Begitu Istimewa

Sindrom Down. Bagaimana boleh terjadi? Sindrom Down adalah kecacatan genetik yang disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ini berlaku semasa proses meiosis. Sepatutnya bagi penghasilan kanak-kanak normal mempunyai 46 kromosom tetapi agi kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti Sindrom Down, kromosom mereka lebih satu daripada kanak-kanak normai iaitu sebanyak 47 kromosom dipanggil "Disjunction". Sekiranya kurang daripada 46 kromsom, bayi tidak hidup. (Sedikit INFO tentang Sindrom Down)

Akhirnya! setelah berpenat lelah dari Selangor ke Perak..berjaya juga membuat kajian di SK Kampar. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kami tempuhi dalam menjayakan tugasan yang diberi. Saya dan empat orang lagi rakan iaitu Nana, Kak Jia, Nazrah & Hani berhasil membuat kajian mengenai kanak-kanak Sindrom Down. Di SK Kampar hanya terdapat empat orang sahaja kanak-kanak Sindrom Down. Terdapat enam kelas di Pendidikan Khas Integrasi. Antaranya ialah kelas Anggerik, Bakawali, Cempaka, Dahlia, Jejarum dan juga Kemboja. Kanak-kanak Istimewa ini ditempatkan di kelas-kelas mengikut tahap masing-masing. Kami telah memilih dua daripada empat orang kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down yang  dipilih adalah Adik Iqbal dan Adik Naseer .


Sekolah Pendidikan Khas


Rutin pagi selepas perhimpunan.


Kelas Jejarum