CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 24 July 2011

Menang gak la!

Apa la Malaysia...kalah! haha adatla tuh dalam permainan mesti ada menang dan kalah tp sebenarnya Malaysia menang gak taw...Menang dalam pertandingan Tilawah Al-Quran..Ini lagi patut kita banggakan. Qari dan Qariah dari Malaysia, Amirrahman Abas (89.26 peratus) dan Suraya Abu Hassan (88.33 peratus)  masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53.. 
Malaysia mengalahkan peserta dari Filipina, Saudi M. Gandisa(88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.30 peratus) dari Indonesia yang mendapat Naib Johan. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Abdel Bast Mohamed (87.88 peratus) dari Mesir dan qariah dari Singapura Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus)..Yeah!! Tahniah Malaysia..MALAYSIA BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!!! 

Friday 17 June 2011

Apa yang sesuai erk?

Penin..penin..penin..kerana memikio..Beberapa jam yang lalu, ada la seorang kaum hawa a.k.a kawan baik yang biol lagi sengal..(jangan mare ye MAKCIK!) tanya benda yang aku sendiri pun penin nak jawab..ha nak tahu apa yang dye tanye??umm, ape lagi.. nie la yang membuatkan GF a.k.a gadies dluar sane penin..hadiah apa yang sesuai nak bagi kat BF..Ha! itulah soklan yang dye tanye..jawab jangan x jawab fara oi...
Bf aku or Bf dye cm tuh..:P
Huh! berpeluh den menjawab nye...da la pale otak nie nga biol la jugak time tuh...demi kawan baik yang B + S tuh..aku perah jugak la otak nie...kalau boleh aku nak spin je otak nie..cepat ckit..hehecian plak kat dye..da la tengah ada krisis...so sebagai kawan an....tak kisah la..Demi mu si comot aku pikio...tengah2 dok pikio nie tiba-tiba (jeng..jeng..jeng) terlintas plak aku nak tanye yang BF dye tuh jenis macam mane erk..yang jiwang ka..macho ka..manja ka..aktif ka..sensitip ka..bape banyak ka la...kalo tahu BF dye jenis macam mana senang la cket..so jawapan yang dye bg adalah
**
**
**
**
**
**
Macho + Manje
macam la aku bagi idea cthnya kemeja(dia da bg)..jam (pon suda)..urm,ape lagi aku pun pi la cari kat internet..apa susa pergi saje at google paztu taip la apa yang nak di taip..hehe ha keluar la semua yang kita cari an3...so aku terjumpa la satu laman nie..ha kalo nak baca lebih lagi ..klik la link dibawah ini :
ha! dye pon berminat gak..tapi entah la sekajap nak sekejap xnak..aku pon x faham..Seingat aku la..BF dye nie minat gila la kat bende2 seperti kereta..so aku cadangkan bagi BF dye tuh Model kereta..Idea dari granpa Hasrul a.k.a Ayon hehe thanx ye granpa ..◕..pikio punye pikio punye pikio..aku cadangkan bagi je baju melayu..x lame lagi pon da nak raya..haha dye pon berkate-kate  "oke gak tuh...tp itu pon kalau BF dye nak pakai la"...dan aku pun berkate.."ala, apa susah kaw wat la ayat yang sedey2..minx sangat supaya dia pakai"..:) Insyallah dye nak pakai..yang penting kaw eklas nak bagi kat dye.. Akhirnya! dye bersetuju..hihi..walaupun idea nie agak "bodoh" cket tp kalau x cuba mane nak tahu kaN..ye x2?? SUKE..SUKE..Gud luck !!!


Saturday 7 May 2011

Begitu Istimewa

Sindrom Down. Bagaimana boleh terjadi? Sindrom Down adalah kecacatan genetik yang disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ini berlaku semasa proses meiosis. Sepatutnya bagi penghasilan kanak-kanak normal mempunyai 46 kromosom tetapi agi kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti Sindrom Down, kromosom mereka lebih satu daripada kanak-kanak normai iaitu sebanyak 47 kromosom dipanggil "Disjunction". Sekiranya kurang daripada 46 kromsom, bayi tidak hidup. (Sedikit INFO tentang Sindrom Down)

Akhirnya! setelah berpenat lelah dari Selangor ke Perak..berjaya juga membuat kajian di SK Kampar. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kami tempuhi dalam menjayakan tugasan yang diberi. Saya dan empat orang lagi rakan iaitu Nana, Kak Jia, Nazrah & Hani berhasil membuat kajian mengenai kanak-kanak Sindrom Down. Di SK Kampar hanya terdapat empat orang sahaja kanak-kanak Sindrom Down. Terdapat enam kelas di Pendidikan Khas Integrasi. Antaranya ialah kelas Anggerik, Bakawali, Cempaka, Dahlia, Jejarum dan juga Kemboja. Kanak-kanak Istimewa ini ditempatkan di kelas-kelas mengikut tahap masing-masing. Kami telah memilih dua daripada empat orang kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down yang  dipilih adalah Adik Iqbal dan Adik Naseer .


Sekolah Pendidikan Khas


Rutin pagi selepas perhimpunan.


Kelas Jejarum





Friday 15 April 2011

Kenapa jejaka "LUAR" jadi pilihan wanita D'Malaysia?

Kenapa lelaki atau jejaka di luar jadi pilihan?? betul ke?? Anda tahukah kenapa?? Urm, saya rasa la... jejaka kat "luar" lebih bersifat romantik, tidak putus asa, sentiasa mencuba cara yang terbaik untuk mendapatkan wanita yang telah menggocangkan jiwa mereka sehingga tak senang duduk la berbanding jejaka di Malaysia..haha ini pendapat saya la..mungkin ini salah satu sebab kenapa wanita-wanita Malaysia berkahwin dengan orang "luar".. tapi saya tahu bukan semua lelaki Malaysia tidak romantik seperti jejaka-jejaka "luar" tuh.. masing-masing ada cara yang tersendiri untuk dapatkan wanita yang dicintainya..x gi tu?? Urm, Saya pernah la terlihat beberapa orang yang macam tuh..seronok je..:) saya tahu wanita diluar sane pon nak kekasih mereka buat seperti dalam cerita-cerita korea, melayu yang ditayangkan di TV kan..ex, bagi bunga, coklat, nyanyikan lagu2 cinta sambil main gitar dan sebaginya lah..hehe sejujurnya saya pon kalau boleh nak macam tuh..haha mesti best..ngade je kan ..8) haha biasa la tuh , kaum hawa nie macam-macam yang diimpikan..nak macam tuh la..macam nie la..haha macam-macam ada (ala2 astro) tapi yang pastinya kaum hawa nie xkan cakap la dye nak semua tuh..pandai-pandailah kaum adam kalau anda nak tackle dwg..haha padan muka kaum adam, terpaksalah tahan ngan kaum hawa nie...haha tapi kadang-kadang kesian gak..Ye la mane taknya..sesetengah kaum hawa nie kadang-kadang tuh melampau sangat la :( Kaum hawa mahupun kaum adam..hargailah orang yang mencintai dan menyayangi anda dengan setulus hati.. terimalah segala kekurangan yang ada dalam diri kekasih anda oke..;) hey! Jum layan lagu nie..

haha bila dengar lagu nie..
buat saya teringat kat seseorang..
seseorang yang degil..degil..degil..
tetap gak nak menunggu...
sudah la ye awak..
kesian saya tengok awak..
tapi hari nie awak happy saya pon turut happy..

Thursday 14 April 2011

Andainya lelaki tahu...

I got this from FB my older cousin..Hey! you...you... & you..juz read this..! 
you will know

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

credit to her..

Selesai sudah!

Alhamdllah semua da selesai...
Pembayaran suda dibuat di Bank Islam, Rawang..
iDaftar pon sudah active
Barang-barang juge telah siap dikemas..
cume tinggal beberape barang saje lagi yang perlu dibeli..
masuk sem baru mestilah semuanya baru..haha
Azam pon baru...:D
tapi rasenye same aje macam sem-sem lepas...
apa yang penting!!
mesti..mesti..mesti..mesti
kekalkan pointer dan kalau boleh tingkatkan lagi..
amin..
Oh! lupa..ada lagi satu yang tak settle lagi la..
apa die?
huh! sifat pemalaz nie ha..
bukan malaz apa..malaz nak lek hostel..huhu
urm tp xpe la..student la katekan..
yeah! mulakan hari dengan senyuman..
eh..ade kene mengena ke?
hahaha
Lagi bape ari je nak balik nie..
Ahad amek kunci..dan bermulalah 
kehidupan sebagai seorang pelajar..;)
MOOD : Habiskan masa-masa bersama family tersayunk