CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 9 March 2011

Hal Dunie la!!

Baru lepas tengok WANITA HARI INI..
haha tajuk hari ini SMS ASMARA...TANDA CURANG??
betul ke? melalui SMS seseorang itu
boleh curang??

Mmg tidak dapat dinafikan zaman sekarang ni semua boleh jadi..
melalui SMS, FB, Twitter, Skype dan lain-lain pon ley jadi isu hangat untuk orang 
yang berkahwin curang.. bukan saja orang yang berkahwin, y belum berkahwin pon masih lagi curang
dengan pasangan masing-masing. Apa sebabnya?? Anda tahu?? Banyak betul persoalan yang
 bermain di kotak fikiran saya..sekarang ini macam sudah jadi trend kahwin pastu 
cerai..benarkah apa kata orang punca utama adalah disebabkan teknologi??
sahihkah punca ini? Tepuk Dada Tanya Hati

Bagi saya, teknologi bukanlah punca utama orang bercerai..kurangnya komunikasi
dalam sesebuah rumah tangga juga boleh menjadi salah satu punca cerai.
Semasa bercinta semuanya nampak manis, macam " dunia ini dia yang punya lah". haha
Disitulah angan-angan Mat Jenin melilau ke kotak fikiran masing-masing.
Bagaimana pula lepas kahwin baru bercinta?? mesti seronok kan..
(macam dulu kala)

Ini apa yang saya baca dalam satu blog Makhluk Allah:

Kaunselor di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suriani Buang, berkata pasangan yang berkahwin pada usia muda lebih terdedah dengan pelbagai cabaran yang jika tidak diatasi boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk lagi.


Ya! saya sokong 100% pendapat Kaunselor LPPKN, Suriani Buang. Sekarang ini memang ramai orang kahwin semasa usia muda. Mungkin salah satu sebabnya untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat. Tidak salah untuk kahwin pada usia muda, tetapi mestilah tetapkan matlamat dalam perkahwinan. Si Suami tahu tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri juga mesti tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dengan ini sesebuah rumah tangga yang mengamalkannya akan mendapat kebahagian di dunia dan juga akhirat. Dengan dugaan yang menimpa dapat lagi mengeratkan hubungan suami isteri. Kita tidak dapat mengelak suami atau isteri kita supaya tidak melayari laman sosial FB ke mesej ke..Itu hak masing-masing tetapi apa yang penting adalah hati. 


Jika anda hendak tahu lelaki hanya nak "Test Market" je..nk tengok dorang nie masih HOT ke tidak..Itu je..Dalam hati tidak ada niat pon nak curang dengan isteri masing-masing..perasaan cemburu tu Sudah sebati dalam diri  kaum hawa. Memang tidak dapat dipisahkan seperti Irama & Lagu la ( ala2 lagu P.Ramlee) haha .. Bagi kaum hawa yang ada krisis dengan c suami pastinya akan 'cair' hatinya bila ada orang yang sanggup menjadi tempat mencurah segala-galanya..(Yeah! betul tu!) Tidak salah nak cari tempat mengadu tapi biarlah berpada-pada jangan sampai terjerat diri dalam cinta 3 segi(wahh!!)


Pelbagai cara yang boleh kita buat untuk atasi daripada bercerai..Antaranya melalui perbincangan, jika tidak mampu duduk semeja apa salahnya kedua-dua pasangan berjumpa kaunselor. Memang tidak dapat dinafikan jika seseorang itu sedang marah semuanya akan terjadi...Maka timbullah soal cerai berai ini. Urm, janganlah kita bertindak tanpa berfikir panjang, kelak kita yang rugi..Anda juga boleh amalkan ungkapan cinta, sayang, terima kasih dan sebagainya..Akhir kata dari saya..Hargailah pasangan anda dan sabar serta terimalah seadanya diri pasangan anda..pasti kebahagian itu milik anda..Renung2kan :)

kakilapan: I <3 U...U <3 mE...








No comments:

Post a Comment